MobiCow

Thursday, February 26, 2015

Sup Gearbox

Sosej & Lembu

Hisham baru balik dari belajar di China untuk dapatkan degree. Malangnya, selepas 15 tahun, dia tak pernah lulus. Bapaknya dah tak sanggup lagi tanggung beban dan terpaksa dia bawa Hisham pulang ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya hanya diam aje, marah la tu.

Hisham dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk kat bapak dia selama 15 tahun di China, dia ada belajar something tentang teknologi terkini.

Hisham : "Bapak tau tak, kat China sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej…."

Bapak : "Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 36 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor… lepas tu, lembu tu pandai pulak ngabiskan duit aku... puihhhhh.."

Hisham : "Mooooooooo..."


Nak Besar

Iqram dan Izzara membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, “beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.

“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu, ayah kau punya”, kata emaknya.


Abg Misai

Juliana : “Abang Mie… Jom la datang rumah…saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”

Helmi : “Baiklah malam esok abang pergi tau…nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”

Juliana : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye..abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face.”

Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit..isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak”

Juliana : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”

Helmi : “Oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup”


Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting…dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya…isterinya sudah tidur…Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan…dan berkata…

“Kenapa kau tak balik lagi Jalil…kejap lagi suami akak balik…!!”