Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik.  Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut  juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang  agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas  melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
"beri makan telur separuh  masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."
Besok pagi, apabila  anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10  biji telur di meja makan.
"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si  anak.
"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau  punye", kata emaknya.
No comments:
Post a Comment