GAJAH DALAM CAWAN
Satu hari, seorang lelaki sedang asyik minum di sebuah restoran mamak di jalan UK Perdana Ampang. Tiba2 lelaki tu terkejut lalu memanggil mamak. Mamak dengan pantas tiba di meja lelaki.
"Hei... mamak mengapa dalam kopi aku ni ada lalat?"
Mamak terkebil-kebil lalu menjawab..
"Awak bayar harga secawan kopi satu ringgit lima puluh sen saja, takkan awak mahu gajah pulak dalam cawan awak!".
Lelaki tu garu kepala... serba salah..
SEKRETARI BARU
Seorang boss sangat frust dan marah pada sekretari barunya kerana sekretarinya itu mengabaikan bunyi telefon.
"Kamu harus menjawab telepon itu," kata si boss dengan marahnya.
"Baiklah," jawab si sekretari, "tapi itu pekerjaan yang sia-sia, 9 dari 10 telepon yang masuk bukan untuk saya, tetapi untuk boss."
PROFESSOR SIBUK
Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya. Dia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah. Lalu isterinya menelefon.
"Abang, ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan," pesan isterinya.
"Ya, baik. Abang janji. Agaknya di mana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.
"Di rumah sajalah bang..".
"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu... "
PINGGAN DARI KELANTAN
Ada sorang kawan ni, namanya Amat. Dia baru kenal sorang member kat tempat kerja baru. Nama kawannya Apit. Si Apit ajak Amat makan kat rumah dia sebab Apit kata dia pandai masak. Di pendekkan cerita, dah siap masak, Apit pun pelawa Amat makan. Amat ni sebenarnya dah terlampau lapar tapi saja taknak bagi Apit tau. Masa makan tu si Amat ni nak mintak tambah nasi lagi tapi macam malu pulak. Iyalah sebelum tu pun dia dah mintak tambah 2 kali. So dia pun cakap kat Apit ni :
Amat : Apit, cantiklah pinggan ni.. mana ko beli ye?
(sambil menunjukkan pinggannya yangg dah kosong)
Apit : oooo..(tanda paham)..tu mak aku belikan kat kelantan sama dengan periuk ni...
(sambil menunjukkan periuk yg kosong gak sbb nasik dh abih..)
Amat : oooo...
1 comment:
hihi...
Post a Comment