MobiCow

Friday, July 4, 2008

Sweet 17


Seorang anak bertanya pada ibunya.

"Mak, sweet seventeen nanti boleh
sambut birthday di rumah tak ?"

Ibunya menjawab, "Boleh…boleh. .biar nanti mak siapkan.”


Anak itu bertanya lagi, “Mak,…majlis sweet seventeen nanti boleh jemput kawan2 tak ?”.

Ibunya menjawab, " ya,
boleh"

"bila lagikan?", fikir ibunya,

“Boleh boleh..nanti mak uruskan jemputannya”


Anak itu bertanya lagi, “Mak, mak .. boleh pakai baju baru tak?"

"Ah .. sweet 17 cuma sekali seumur hidup, apa salahnya, " fikir ibunya lagi.

“Boleh…boleh, nanti mak belikan”

Pada hari ulang tahun ke 17 itu, majlis diraikan dirumahnya, kawan2nya sudah datang.. Anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya ibunya.

"mak, mak.. , boleh pakai lipstick tak?”

“tak boleh!” kata ibunya

“Ala mak ni.. , ini kan cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick je tak boleh..” rengek anaknya.

“tak boleh .! kamu boleh buat majlis, kamu boleh jemput kawan2 , kamu boleh pakai baju baru, tapi kamu tak boleh pakai lipstick”

“Boleh lah mak.. , please…..” , rengek anaknya lagi.

“fadzli !!!!! teriak ibunya .

“TIDAK BOLEH”, demikian si Ibu menjerit

lelaki daaa

Cerita Bedah Redah

Kat bawah nii ada satu kisah kelakor yang diciterkan oleh sorang pompuan yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Bedah Redah! Citer dia gini...

Sebagai seorang kakitangan kerajaan... bila hari jemaat aje aku suka balik umah.. pasal masa rehat dia panjang. Tapi hari Jemaat tu hujan dengan lebatnya... So? aku tumpang office mate aku sampai depan umah. Rumah aku ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak amik aku pukul 2.30 petang...

Hujan kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. aku mandi dan semayang.... lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang amik aku. Jam dah kul 2.35 aku dah risau.. mana akak ni.. tak sampai sampai lagi...office masuk kul 2.45 ptg.

Tunggu punyer tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! Keter proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah aku. Hujan punyerlah lebat... so aku amik surat kabo lipat tebal tebal takut tudung aku basah...lepas kunci pintu.. aku terus berlari turun... pasal rumah aku berbukit.. aku kene berlari hati hati..

Sampai aje kat keta... aku tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi kenapa akak tu tak jalan. Aku toleh kat sebelah... Ler... rupanya orang lain!!!! Aku tengok orang tu.. orang tu tengok aku.... Mulut orang tu siap ternganga lagi...

Ish... saper ni?! Camana aku boleh silap ni... abih tu.. kat luar ujan lebat.. takkan aku nak kuar.. aku dengan muka macam kerang busuk berkata,"Err.. bang boleh tulung hantar kat UTM tak?"

Abang tu pun... tak jawap apa2 agaknya pasal masih tergamam lagi.. terus angguk.

Sepanjang perjalanan aku diam... abang tu pun diam... masing masing masih gabra lagi.. Aku lagi ler gabra. EnTah keter sapa aje aku main redah. Aku malu.. bengang.. rasa muka aku dah di tepek-tepek ngan taik... Aku berdoa semoga aku pengsan masa tu.. tapi sayang.. aku tak pengsan pun.

Bila sampai kat destinasi... aku pun turun... lepas ucap tima kasih. Sampai kat opis aku tunggu kakak yang sepatutnya amik aku. Bila kakak tu sampai dia tanya aku,

"Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?"

Maka aku citalah peristiwa yang sadis tu.... Ya Allah.. kakak tu punyerlah gelak gila kat aku... Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi itu cerita 3tahun lepas... skang ni... Abang yang aku tumpang tu.. dah jadi suami aku He..he..he..

Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami aku pun kata masa tu dia ingat aku nak rompak dia.... he..he.he.he. Aku pun tanya kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah aku... Then.. dia kata dia nak amik beg duit kat seat belakang tu pasal dia berenti. Tapi tau tau aku pulak yang masuk..... He..he..he.. sampai skang ni.. dia masih ejek aku lagi pasal perisitwa kureng tu...

Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe aku tak jumpa lagi suami aku yang sowang nih? ihiks!!

moral drp citer ni : tumpang jer mana2 balak yg ada keta untung2 buleh buat laki....

Kentut

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,

"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu
saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan tua itu berkata,
"Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.

"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya...walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat ,
sekarang,mari saya periksa telinga makcik."

Dead Goldfish

Little Tim was in the garden filling in a hole when his neighbor peered over the fence.

Interested in what the cheeky-faced youngster was up to, he politely asked, "What are you up to there, Tim?"

"My goldfish died," replied Tim tearfully, without looking up, "and I've just buried him."

The neighbor was concerned, "That's an awfully big hole for a goldfish, isn't it?"

Tim patted down the last heap of earth then replied, "That's because he's inside your stupid cat."